JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Ditahan Rendam Anak Anjing Di Shah Alam

16/04/2026 08:41 AM

SHAH ALAM, 16 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air, di Seksyen 32, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata penahanan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan pada 3.40 petang, selepas pihaknya menerima laporan orang awam yang melihat video insiden berkenaan melalui media sosial TikTok, pada 2.14 pagi, hari yang sama.

“Semasa tangkapan dibuat, tiga ekor anjing turut dirampas dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan.

Ramsay berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan insiden itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne melalui talian 014-6907071.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat memaparkan seorang lelaki bertindak merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan