KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Sunway Bhd (Sunway) melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas konglomerat itu berkuat kuasa serta-merta.
Sunway berkata Abdul Wahid, 62, ketika ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Cypark Resources Bhd dan IOI Corporation Bhd.
“Beliau menamatkan tempoh perkhidmatan selama lima tahun sebagai Pengerusi Bursa Malaysia Bhd pada 30 April 2025,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pada penutup, saham Sunway meningkat lapan sen atau 1.53 peratus kepada RM5.30 di Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial