JENAYAH & MAHKAMAH

Ops Tiris 4.0: KPDN Pahang Rampas 14,870 Liter Diesel Di Tapak Pembinaan

15/04/2026 04:19 PM

KUANTAN, 15 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang merampas sebanyak 14,870 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM80,000 menerusi Ops Tiris 4.0 di sebuah tapak pembinaan di sini, Isnin lepas. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Pahang Md Zaki Abd Samad berkata hasil siasatan awal mendapati minyak yang disimpan dalam sebuah tangki skid itu dipercayai digunakan untuk operasi jentera pembinaan.

"Semasa operasi pihak syarikat gagal mengemukakan permit penyimpanan yang sah bagi lokasi berkenaan meskipun memiliki permit di lokasi lain," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, beliau berkata KPDN Pahang mengambil tindakan tegas dengan menyita minyak diesel serta peralatan lain di bawah peruntukan Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (Akta 122).

KPDN Pahang turut menyeru semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya syarat permit dan lesen yang ditetapkan serta tidak menyalahgunakan kemudahan subsidi disediakan oleh kerajaan.

"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas sistem subsidi kerajaan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan