EKONOMI

KMI Healthcare Perluas Operasi Di Tawau Dengan Bina Blok Hospital Pakar Bernilai RM72 Juta

14/04/2026 10:53 PM

KUALA LUMPUR, 14 April Bernama) -- Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd ( KMI Healthcare), cabang penjagaan kesihatan TDM Bhd bakal mengoperasikan blok hospital pakar baharu di KMI Tawau Medical Centre, Sabah dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM72 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, KMI Healthcare memaklumkan projek berkenaan akan dilaksanakan selepas pemeteraian perjanjian membina dan pajakan kecil di antara anak syarikatnya, KMI Tawau Medical Centre Sdn Bhd (KMITMC) dengan Tawau Healthcare Sdn Bhd (THSB).

Pembinaan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan selepas memenuhi syarat-syarat utama dengan operasi kemudahan baharu itu bermula pada suku kedua 2028.

“Dengan jumlah kapasiti yang dirancang sebanyak 59 katil, pusat perubatan yang diperluas itu bakal menawarkan akses yang lebih baik kepada pekhidmatan pakar, disokong oleh infrastruktur moden, kemudahan yang dipertingkatkan serta sistem perubatan yang terkini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare Dr Rayney Azmi Ali berkata pengembangan tersebut mencerminkan komitmen kumpulan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, mudah diakses dan berpusatkan pesakit kepada komuniti di Sabah.

“KMITMC telah lama berkhidmat untuk masyarakat setempat dan fasa pertumbuhan seterusnya ini membolehkan kami meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” kata beliau.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan