KUCHING, 14 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah bernilai lebih RM630,000 dalam dua serbuan berasingan di Miri pada 5 April lepas.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata serbuan pertama di kawasan Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya, membawa kepada penahanan suspek berumur 33 tahun itu bersama dengan dadah disyaki jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat 150 gram.
Beliau berkata serbuan kedua dilakukan hasil maklumat daripada suspek warga tempatan itu yang membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Lorong Murni, Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya.
“Dalam serbuan itu, polis merampas dadah disyaki jenis MDMA dengan anggaran berat 3.37 kilogram.
“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM634,687.50 dan dipercayai boleh menjejaskan kira-kira 4,010 individu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Farhan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis kini giat memburu saki-baki ahli sindiket yang masih bebas bagi memastikan rangkaian itu dapat dilumpuhkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial