TEHRAN, 14 April (Bernama-MNA) -- Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif pada Isnin berkata kemajuan positif sedang dicapai dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), dan kemungkinan untuk mengadakan rundingan lanjut masih wujud, lapor Mehr News Agency (MNA) yang memetik Aaj News.
Bercakap kepada media, Khawaja Asif berkata pusingan baharu rundingan antara Iran dan AS dijangka bermula tidak lama lagi, menurut Aaj News.
Beliau berkata selepas hubungan dan perbincangan yang berlangsung baru-baru ini, kepuasan secara keseluruhan dinyatakan dan setakat ini tiada sebarang perkembangan negatif timbul.
Menteri pertahanan Pakistan itu berkata hanya berita positif diterima berhubung rundingan itu, yang dialu-alukan demi kestabilan di rantau berkenaan.
Beliau berkata semua pihak kelihatan serius untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit menerusi rundingan.
-- BERNAMA-MNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial