EKONOMI

Hibiscus Petroleum Berada Dalam Kedudukan Baik Hadapi Konflik Asia Barat

13/04/2026 04:18 PM

KOTA BHARU, 13 April (Bernama) -- Kumpulan Hibiscus Petroleum Bhd (Hibiscus Petroleum) berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi ketegangan geopolitik global dan konflik berterusan di Asia Barat termasuk ketidaktentuan serta harga minyak yang tinggi. 

Pengerusinya, Zainul Rahim Mohd Zain berkata pihaknya akan terus beroperasi secara berdisiplin dan bertanggungjawab demi memastikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

"Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang dan bersedia untuk mengatasinya dengan sewajarnya," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka hari raya Hibiscus Petroleum di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainul Rahim berkata dari segi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) pula, Hibiscus telah melaksanakan inisiatif 'Rig to Reef' dengan kerjasama Petronas dan Jabatan Perikanan iaitu projek penukaran pelantar South Angsi Alpha yang telah dinyahaktifkan menjadi sebuah terumbu tiruan di luar pantai Terengganu.

"Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Wakalah, Hibiscus terus menyokong lebih 60,000 penerima manfaat di seluruh negara, termasuk kerjasama bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Planetarium Negara dalam melaksanakan Modul Astronomi Khas pertama di Malaysia bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ketidakupayaan penglihatan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan