AM

Set Straw Guna Semula Dijadikan Buah Tangan, Pupuk Amalan Lestari

06/04/2026 04:18 PM

JOHOR BAHRU, 6 April (Bernama) -- Set straw guna semula yang dijadikan sebagai buah tangan pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai memupuk amalan lestari dalam kalangan masyarakat.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam kenyataan memaklumkan, majlis itu turut memberikan penekanan kepada inisiatif hijau termasuk pengurangan penggunaan plastik sekali guna serta pelaksanaan konsep sifar pembaziran makanan. 

"Pendekatan ini memperlihatkan bahawa kelestarian bukan sekadar dasar tetapi satu amalan yang boleh digerakkan bersama, bermula daripada tindakan individu ke arah impak yang lebih besar kepada masyarakat dan alam sekitar," menurut kenyataan itu.

Syed Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam komited memperkukuh agenda kelestarian melalui pendekatan berteraskan rakyat dan pemerkasaan komuniti, pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,500 orang itu.

"Selain itu, kita turut melaksanakan konsep 'zero food waste' melalui pengurusan lebihan makanan secara sistematik," menurut kenyatan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan