DUNIA

Trump Rancang Peruntukan US$1.5 Trilion Untuk Pertahanan

04/04/2026 01:16 PM

WASHINGTON, 4 April (Bernama-dpa) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang peningkatan besar dalam perbelanjaan ketenteraan, menurut draf belanjawan yang diterbitkan Rumah Putih pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Peruntukan itu dijangka melonjak kepada US$1.5 trilion dalam belanjawan 2027, menurut laporan media tempatan.

Bagi tahun kewangan semasa 2026, kira-kira US$1 trilion diperuntukkan untuk pertahanan.

Pelan belanjawan kerajaan dikemukakan kepada Kongres, berfungsi sebagai sejenis hala tuju yang menetapkan keutamaan pentadbiran.

Kongres kemudian akan memutuskan beberapa rang undang-undang belanjawan, yang perlu ditandatangani oleh presiden sebelum ia dikuat kuasa.

Trump mengumumkan pada awal tahun bahawa beliau merancang peningkatan ketara dalam perbelanjaan pertahanan.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan