KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini apabila ketidaktentuan dalam perkembangan perang Amerika Syarikat-Iran menjejaskan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 susut kepada US$4,643.9 bagi setiap auns troy daripada US$4,742.80 bagi setiap auns troy semalam.
Sementara itu, kontrak Mei 2026 melemah kepada US$4,663.2 bagi setiap auns troy daripada US$4,762.10 bagi setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup sedikit lebih tinggi pada US$4,682.50 bagi setiap auns troy daripada US$4,782.40 bagi setiap auns troy.
Jumlah dagangan semakin merosot kepada sembilan lot daripada 10 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 57 kontrak daripada 55 kontrak.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,739.0 bagi setiap auns troy mengikut penetapan harga di London Bullion Market Association pada 1 April, 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial