AM

Zulkifli Luang Masa Berdialog Bersama Pelajar Persatuan Mahasiswa Arab Saudi Di Madinah

01/04/2026 11:04 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan meluangkan masa menyantuni pelajar Persatuan Mahasiswa Arab Saudi (PERSADA) dalam satu sesi dialog di Madinah sebelum pulang ke tanah air.

Beliau berkata pertemuan itu menjadi platform untuk berkongsi pandangan, membincangkan isu hal ehwal agama serta menjawab pertanyaan pelajar.

“Memang seronok dapat borak dengan anak muda - bijak, kritikal, dan luas cara fikir. Inilah generasi harapan ummah. Insya-Allah, semua pulang ke Malaysia dengan semangat baharu, niat yang lebih jelas, dan hati yang lebih dekat dengan-Nya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sesi dialog itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir serta Konsul Haji, Konsular Jeneral Malaysia di Jeddah Radin Adi Hilmi Radin Shamsuddin.

Zulkifli turut menyampaikan sumbangan kepada persatuan dan pelajar yang hadir serta berharap inisiatif itu memberi manfaat dan keberkatan.

Beliau berada di  Arab Saudi bagi memantau persiapan musim haji serta menghadiri Forum Umrah dan Ziarah di Madinah.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan