DUNIA

Arab Saudi Arah Pemegang Visa Terkandas Tinggalkan Negara Itu Sebelum 18 April

25/03/2026 11:13 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Arab Saudi menggesa pemegang visa yang terkandas di negara itu susulan situasi semasa di rantau berkenaan supaya keluar meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang.

Agensi Berita Arab Saudi melaporkan pada Rabu bahawa Kementerian Dalam Negeri memaklumkan langkah itu terpakai kepada pemegang semua jenis visa lawatan, termasuk visa Umrah, transit, dan visa keluar akhir.

Menurut laporan itu, pemegang visa yang visanya telah tamat tempoh bermula 25 Feb, boleh memilih untuk menyambung tempoh tinggal sehingga 18 April selepas membayar yuran mandatori melalui platform Absher atau meninggalkan negara itu serta-merta melalui pintu keluar antarabangsa tanpa perlu melakukan penyambungan tempoh, membayar yuran, atau denda lewat.

Kementerian itu turut menggesa semua pemegang visa yang terjejas supaya mematuhi arahan berkenaan dan meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan di bawah peraturan kerajaan itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan