JENAYAH & MAHKAMAH

48 Stesen Minyak Dikenal Pasti Berisiko Tinggi Berlaku Ketirisan Subsidi Di Kelantan 

25/03/2026 10:25 PM

KOTA BHARU, 25 Mac (Bernama) -- Sebanyak 48 stesen minyak yang beroperasi dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan negara di Kelantan dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya aktiviti ketirisan subsidi.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Aswadi Jaafar berkata pihaknya kini meningkatkan kekerapan pemeriksaan di stesen minyak terbabit bagi mengelakkan penyelewengan bahan bakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Pelaksanaan Ops Tiris 2026 turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan KPDN di lokasi tumpuan awam seluruh negeri.

“Operasi ini melibatkan pemantauan sepenuhnya terhadap tahap pematuhan peniaga serta memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi, selain menjamin kestabilan harga kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata rondaan yang dijalankan juga memfokuskan pemantauan terhadap kenderaan yang disyaki cuba melakukan pengisian berulang menggunakan tong jerikin atau tangki tambahan.

“Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan ke atas pemegang permit dan pemborong yang dikeluarkan oleh KPDN bagi memastikan pematuhan kepada syarat yang ditetapkan.

“KPDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan penyalahgunaan subsidi, khususnya dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan