KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di rantau Asia Tenggara.
Dalam satu hantaran di X, Araghchi turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat rantau ini atas solidariti mereka terhadap Iran.
“Terima kasih kepada pemerintah dan masyarakat Muslim serta pencinta keadilan di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Brunei) yang mengecam pencerobohan ganas Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis terhadap bangsa Muslim Iran pada bulan Ramadan serta menunjukkan solidariti,” katanya.
Konflik ketenteraan di Asia Barat semakin meningkat susulan serangan berterusan AS dan Israel ke atas Iran sejak 28 Feb, yang mengorbankan orang awam serta pegawai kanan Iran termasuk pemimpin agung negara itu, Allahyarham Ali Khamenei dan ketua keselamatan negara, Ali Larijani.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan tepat ke atas Israel serta beberapa aset dan pangkalan AS di seluruh negara Teluk.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial