DUNIA

PM Singapura Adakah Lawatan Rasmi Tiga Hari Ke Jepun 17-19 Mac

16/03/2026 06:45 PM

SINGAPURA, 16 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Jepun dari 17 hingga 19 Mac sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Wong akan bertemu rakan sejawatannya, Sanae Takaichi, memeriksa pengawal kehormat semasa majlis sambutan dan menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Takaichi, lapor The Straits Times, memetik Pejabat Perdana Menteri.

Beliau juga akan berjumpa pemimpin kanan politik dan perniagaan Jepun serta komuniti Singapura di Jepun.

Wong akan diiringi Menteri Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Tenaga Manusia dan Menteri yang bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains dan Teknologi Tan See Leng serta Menteri Negara Kanan bagi Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Sim Ann.

Menteri Negara bagi Pembangunan Digital dan Penerangan dan Kesihatan Rahayu Mahzam dan Menteri Negara Pertahanan Desmond Choo turut dijadualkan hadir.

Jepun ialah rakan dagangan kelapan terbesar Singapura pada 2025 manakala republik itu ialah rakan dagangan ke-14 terbesar Jepun.

Singapura juga merupakan destinasi pelaburan terbesar Jepun di Asia, dengan lebih 5,300 syarikat berdaftar Jepun di republik itu pada akhir Disember 2025.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan