KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian melibatkan kerugian berjumlah RM30,000 di sebuah kuil di Taman Maluri Cheras petang semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan di sekitar Taman Maluri Cheras oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan selain turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah.
"Semakan rekod jenayah ke atas suspek mendapati lelaki itu mempunyai 13 rekod lampau bagi kes jenayah dan narkotik, manakala saringan awal air kencing positif Amphetamine dan Methamphetamine," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Rosdi berkata suspek direman tujuh hari hingga 21 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial