AM

Anand Raj Dipilih Presiden Baharu Majlis Peguam

14/03/2026 07:56 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Anand Raj dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam untuk penggal 2026/2027 menggantikan Mohamad Ezri Abdul Wahab.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia ke-80 hari ini, Murshidah Mustafa dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala R. Jayabalan dilantik sebagai Setiausaha dan Peter-Douglas Ling sebagai Bendahari.

Bercakap pada sidang media selepas AGM berkenaan, Anand yang sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Majlis Peguam berkata kepimpinan baru ini mencerminkan kesinambungan, kerana setiap ahli telah melangkah ke satu tahap jawatan daripada peranan masing-masing dalam penggal lepas yang berakhir hari ini.

“Kami akan terus mempertahankan nilai-nilai Badan Peguam dan bersuara tanpa rasa takut atau memihak," katanya, sambil menambah bahawa 433 ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Anand berkata 11 usul telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, dengan sembilan daripadanya diluluskan, termasuk usul mengenai pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, yang diluluskan secara sebulat suara.

“Ini mengulangi pendirian kami sejak sekian lama bahawa jawatan Peguam Negara dan jawatan Pendakwa Raya mesti dipisahkan dan bebas. Pemisahan ini penting untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan.

"Kami telah melihat bahawa pemisahan seperti ini diterima di beberapa bidang kuasa dan secara amnya berfungsi lebih baik dengan cara demikian," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan