JENAYAH & MAHKAMAH

Saya Hadir Beri Keterangan Di Bukit Aman Sebagai Saksi - Pensyarah UIA

13/03/2026 09:20 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pensyarah sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Prof Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata kehadirannya ke Bukit Aman pada 10 Mac lepas adalah sebagai saksi siasatan polis berkaitan laporan sebuah media yang memetik kenyataannya pada 2024.

Beliau berkata kehadirannya ke Bukit Aman itu juga bukan sebagai suspek dalam siasatan polis berhubung pandangannya yang disiarkan dalam laporan South China Morning Post pada 26 Dis 2024 berkaitan peranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh.

“Jadi, saya nak jelaskan… polis panggil saya pun bukan sebab nak siasat quote (petikan) saya tu... tetapi sebagai saksi. Sesi soal siasat berlangsung selama satu jam setengah.

"Memang dari waktu mereka (polis) panggil tu, memang dah saya (rasa) pelik. Saya tanya, sebab apa? (sebab saya dipanggil) dan (mereka jawab) sebagai saksi sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semetara itu, Persatuan Pelajar Sains Politik UIA dalam kenyataan hari ini turut mempersoalkan motif Bukit Aman, dengan menegaskan kenyataan Syaza Farhana dibuat dengan niat baik dan mencerminkan kebebasan akademik di Malaysia serta kebebasan universiti daripada campur tangan politik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan