KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) --NexG Bhd telah mengembalikan kuasa dan peranan pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Abu Hanifah Noordin, berkuat kuasa serta-merta.
Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan keselamatan itu berkata ia telah memutuskan untuk mengembalikan semula jawatan Abu Hanifah berikutan pertimbangan lanjut dan selepas mengambil kira perkembangan terkini semakan dalaman yang sedang berjalan pada 11 Mac.
“Ahli Lembaga sebelum ini telah mengumumkan pada 5 Mac, 2026, penggantungan sementara kuasa dan peranan eksekutif Abu Hanifah sebagai langkah pentadbiran untuk membolehkan semakan berterusan dijalankan dengan cara yang telus, bebas dan teratur,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Menurut NexG, ahli lembaga tetap komited untuk menegakkan tadbir urus korporat, akauntabiliti dan ketelusan yang kukuh, dan akan terus memastikan bahawa proses semakan berterusan dijalankan mengikut prosedur tadbir urus dan amalan operasi standard syarikat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial