DUNIA

Serat Karbon Berkekuatan Super T1200 Buatan China Mula Dijual Hari Ini

11/03/2026 02:24 PM

BEIJING, 11 Mac (Bernama-CMG) -- Serat karbon berkekuatan super T1200 yang dibangunkan dan dihasilkan oleh China berasaskan kepakaran tempatan mula dipasarkan di peringkat global hari ini (Rabu), menandakan satu lonjakan besar China dalam industri serat karbon berkekuatan super.

Produk yang mula dijual itu bukan lagi sekadar sampel makmal, sebaliknya dihasilkan melalui pengeluaran berskala industri dengan kapasiti ratusan tan. Pencapaian itu menjadikan China negara pertama di dunia yang mampu mengeluarkan serat karbon berkekuatan super pada skala berkenaan.

Serat karbon T1200 yang berdiameter kurang daripada sepersepuluh ketebalan rambut manusia mempunyai daya tarikan 10 kali ganda lebih kuat berbanding keluli biasa, manakala ketumpatannya hanya kira-kira seperempat daripada keluli.

Dengan ciri utama seperti ringan dan tahan lasak, serat karbon jenis itu berpotensi digunakan secara meluas dalam pelbagai industri strategik baharu, termasuk aeroangkasa, ekonomi ruang rendah dan robot humanoid.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan