EKONOMI

Inventori Minyak Sawit Malaysia Susut 3.94 Peratus Kepada 2.7 Juta Tan Pada Februari

10/03/2026 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Inventori minyak sawit alaysia susut 3.94 peratus atau 111,062 tan metrik kepada 2.7 juta tan metrik pada Februari 2026 berbanding 2.82 juta tan metrik yang dicatatkan pada sebulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB dalam laporan prestasi industri Februari berkata inventori minyak sawit mentah (MSM) jatuh 11.67 peratus atau 195,242 tan pada Februari kepada 1.48 juta tan daripada 1.67 juta tan.

“Bagaimanapun, stok simpanan minyak sawit yang diproses meningkat 7.37 peratus kepada 1.23 juta tan daripada 1.14 juta tan,” katanya.

 

Pengeluaran MSM pula melemah sebanyak 18.55 peratus atau 292,534 tan metrik kepada 1.28 juta tan metrik berbanding 1.58 juta tan metrik pada bulan sebelum ini. Pengeluaran isirung sawit turut menyaksikan penurunan 19.48 peratus dari bulan ke bulan kepada 303,962 tan daripada 377,480 tan.

Pengeluaran minyak isirong sawit mentah merosot 26.29 peratus kepada 145,716 tan metrik daripada 197,680 tan metrik pada Januari, manakala pengeluaran kek isirong sawit susut 26.34 peratus kepada 158,237 tan metrik daripada 214,820 tan metrik.

Eksport minyak sawit berkurangan sebanyak 22.48 peratus pada Februari 2026 kepada 1.13 juta tan metrik daripada 1.45 juta tan metrik, manakala eksport minyak isirong sawit jatuh 17.08 peratus kepada 45,845 tan metrik daripada 55,288 tan metrik.

Eksport kek isirung sawit menurun kepada 186,746 tan daripada 247,692 tan. Eksport oleokimia melembap 7.49 peratus kepada 205,414 tan metrik berbanding 222,042 tan metrik pada Januari dan eksport biodiesel merosot 14.86 peratus kepada 15,986 tan metrik daripada 18,776 tan metrik.

MPOB melaporkan sifar import MSM pada Februari, manakala import minyak isirong sawit turun 17.98 peratus kepada 9,553 tan metrik daripada 11,648 tan metrik pada bulan sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan