AM

Kanak-kanak Lemas: Loji Taman Widuri Indah Dinyahtauliah Sejak 2015 - IWK

09/03/2026 03:42 PM

SEREMBAN, 9 Mac (Bernama) -- Lokasi insiden seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh dan lemas di Taman Widuri Indah, di sini semalam ialah sebuah loji rawatan kumbahan yang telah dinyahtauliah sejak 2015.

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan apabila sesebuah loji rawatan kumbahan dinyahtauliah, tapak tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk pengurusan selanjutnya.

“Oleh itu, tapak berkenaan tidak lagi berada di bawah operasi atau penyelenggaraan IWK. Bagaimanapun, IWK akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya sebarang maklumat diperlukan.

“IWK juga ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak menceroboh kawasan loji rawatan kumbahan kerana ia adalah kawasan larangan dan berbahaya,” menurut kenyataan itu.

Semalam, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji berkenaan ketika memancing bersama dua lagi adiknya.

Dalam pada itu, IWK turut merakamkan ucapan takziah dan bersimpati dengan keluarga mangsa dalam menghadapi saat yang amat sukar itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan