KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- CIMB Bank Bhd menyasarkan lebih 60,000 pengunjung ke CIMB OCTOFest yang diadakan dari 6 hingga 8 Mac, 2026 di MyTOWN Shopping Centre di sini.
Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran CIMB Group Toni Darusman berkata acara yang dianjurkan dengan kerjasama KL Foodie, jenama di bawah Foodie Media Bhd itu menghimpunkan lebih 50 vendor tempatan di samping pameran kebudayaan dan persembahan secara langsung.
Beliau menambah CIMB OCTOFest juga telah menerima maklum balas yang menggalakkan susulan penglibatan bank dalam bazar Ramadan yang sebelum ini diadakan di Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.
“Acara ini mencerminkan komitmen kami untuk memajukan pelanggan dan masyarakat melalui tindakan dengan satu siri program yang disusun khas yang menyatukan perdagangan, komuniti dan budaya untuk memberikan pengalaman yang lebih bermakna.
Pada masa yang sama, CIMB OCTOFest memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mempercepatkan penggunaan pembayaran digital, memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran sempena perayaan yang bermakna.
Selain itu, ia meningkatkan taraf komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, katanya pada sidang media pada pelancaran CIMB OCTOFest di sini hari ini.
Toni berkata bank itu terus memperkukuh usahanya untuk menjalankan transaksi tanpa tunai dalam kalangan PMKS.
“Pelanggan yang membuat pembayaran QR melalui CIMB OCTO akan menerima barangan istimewa manakala usahawan mendapat manfaat daripada kecekapan transaksi yang lebih baik dan aliran tunai yang dipertingkatkan semasa musim perayaan,” tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial