AM

Banjir Kilat: Laluan Putra Mahkota-Bandar Baru Nilai Kini Boleh Dilalui - PLUS

05/03/2026 08:55 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Laluan di kilometer (KM) 287 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kedua-dua arah antara Putra Mahkota ke Bandar Baru Nilai yang dinaiki air susulan hujan lebat petang ini sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan.

PLUS Malaysia Berhad menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan lorong kanan dan tengah di kedua-dua arah kini boleh dilalui, selain Hentian Sebelah Nilai arah utara yang sebelum ini ditutup, juga telah dibuka.

“Trafik sesak arah selatan (sepanjang) 10 km dan arah utara 4 km. Gunakan laluan alternatif. Rancang perjalanan anda,” menurut hantaran itu.

Pada 6.44 petang tadi, hujan lebat menyebabkan banjir kilat dengan semua lorong arah selatan serta lorong kecemasan dan kiri arah utara terhalang.

Situasi itu turut menyebabkan Hentian Sebelah Nilai arah utara juga ditutup.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan