KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas global serta risiko inflasi susulan krisis di Timur Tengah yang berterusan.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.56 mata, atau 0.55 peratus, kepada 1,702.39 berbanding paras 1,711.95 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks penanda aras ini dibuka 0.52 mata lebih lemah pada 1,711.43 dan bergerak antara 1,700.91 dan 1,713.19 sepanjang sesi.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 795 daripada 233, manakala 439 kaunter tidak berubah, 1,155 tidak diniagakan, dan 10 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.86 bilion saham bernilai RM1.55 bilion.
Menurut HLIB, dengan kos tenaga meningkat, risiko inflasi kembali muncul, dan laluan perdagangan utama berada dalam risiko, pelabur kini perlu berhati-hati dalam suasana ekonomi yang semakin tidak stabil akibat ketegangan di Timur Tengah.
Bank pelaburan itu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjangkakan kempen ketenteraan mungkin berlanjutan selama empat hingga lima minggu.
Namun, sekiranya konflik berlanjutan melebihi tempoh itu, risiko tekanan ekonomi yang berpanjangan akan meningkat melalui kenaikan harga minyak, inflasi yang lebih kukuh, dan keadaan kewangan yang lebih ketat.
Sehubungan dengan itu, disebabkan ketegangan di Timur Tengah yang berskala besar dan mungkin berlanjutan, pelabur dinasihatkan untuk berhati-hati dengan menumpukan pelaburan pada sektor yang fokus kepada pasaran dalam negara.
Ini kerana sektor ini lebih stabil dan mempunyai aliran keuntungan yang boleh dijangka, kata HLIB dalam satu nota hari ini.
Antara saham wajaran tinggi, IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM9, Press Metal meningkat empat sen kepada RM7.38, manakala Maybank merosot 14 sen kepada RM11.70. Public Bank susut empat sen kepada RM4.85, dan CIMB jatuh tujuh sen kepada RM7.95.
Dalam senarai kaunter paling aktif, Hengyuan Refining Company melonjak 17 sen kepada RM1.52, Alam Maritim naik setengah sen kepada 25.5 sen, dan Hibiscus Petroleum meningkat tiga sen kepada RM2. Perdana Petroleum kekal pada 17.5 sen, manakala Bumi Armada turun satu sen kepada 37 sen.
Antara saham paling untung, Nestle meningkat 70 sen kepada RM108.20, PPB naik 36 sen kepada RM10.96, United Plantations meningkat 20 sen kepada RM29.80, manakala Malaysian Pacific Industries naik 18 sen kepada RM30.60.
Bagi kaunter paling rugi, BLD Plantation merosot 68 sen kepada RM14.62, Hong Leong Bank susut 48 sen kepada RM22.92, Vitrox turun 27 sen kepada RM4.22, manakala Hong Leong Industries dan Kuala Lumpur Kepong masing-masing turun 22 sen kepada RM17.28 dan RM18.68.
Di papan indeks, Indeks FBMT100 merosot 77.64 mata kepada 12,299.23, Indeks FBM Emas turun 83.72 mata kepada 12,468.70, dan Indeks FBM70 susut 147.23 mata kepada 17,210.78.
Indeks FBM Emas Shariah turun 48.98 mata kepada 12,122.86, manakala Indeks FBM ACE merosot 102.56 mata kepada 4,513.20.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 212.10 mata kepada 20,791.44, Indeks Perladangan susut 27.80 mata kepada 8,149.27, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.55 mata kepada 171.66, manakala Indeks Tenaga mengecil 5.54 mata kepada 796.57.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial