KUANTAN, 3 Mac (Bernama) -- Seorang anggota polis trafik ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 daripada beberapa individu dan pemilik syarikat lori sebagai balasan melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Temerloh.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2024 dan 2025 dengan menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya,” katanya.
Lelaki berkenaan kini direman selama empat hari hingga 6 Mac ini selepas Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar membenarkan permohonan daripada SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial