KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi dalam persekitaran dalam persekitaran aktiviti memburu saham murah selepas mencatatkan kemerosotan semalam.
Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.36 mata atau 0.84 peratus kepada 1,714.57 daripada 1,700.21 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks utama dibuka tinggi 4.02 mata kepada 1,704.23 dan bergerak antara 1,704.23 dan 1,715.82 sepanjang sesi pagi.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 521 berbanding 465 manakala 488 kaunter tidak berubah, 1,150 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.74 bilion unit bernilai RM1.61 bilion.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata FBM KLCI mungkin mencatatkan peningkatam jangka pendek, mencerminkan pemulihan teknikal Wall Street dengan keuntungan berkemungkinan dihadkan sekitar 1,730–1,754 kerana pelabur kekal berhati-hati mengenai skala dan garis masa ketegangan di Timur Tengah yang semakin memuncak.
“Faktor risiko utama ialah Selat Hormuz, ‘pemutus litar’ makro yang kritikal, memandangkan kira-kira 20 juta tong sehari (bpd) atau kira-kira 20 peratus penggunaan cecair petroleum global melaluinya.
“Menurut laporan berita, Iran mengumumkan bahawa selat itu ditutup dan mengancam untuk membakar mana-mana kapal yang cuba melintas, sekali gus menambah turun naik pasaran,” kata bank pelaburan itu.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 12 sen kepada RM11.84, CIMB meningkat lapan sen kepada RM8.02, TNB menokok 14 sen kepada RM14.42, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM23.40 dan Sunway merosot tiga sen kepada RM5.66.
Bagi saham aktif, Bumi Armada melonjak satu sen kepada 36 sen, Tanco menambah tiga sen kepada RM1.64, Zetrix AI naik setengah sen kepada 78.5 sen, Pegasus Heights tidak berubah pada 0.5 sen dan GDB Holdings susut setengah sen kepada 37.5 sen.
Antara saham paling untung, Nestle naik RM1.90 kepada RM108.80, Petronas Dagangan dan Hong Leong Financial Group meningkat 30 sen masing-masing kepada RM22.56 and RM21.42, respectively, manakala Malaysian Pacific Industries menambah 26 sen kepada RM21.26.
Dalam kalangan saham paling rugi, Dutch Lady susut 32 sen kepada RM32.10, Ajinomoto berkurangan 18 sen kepada RM13.62, Kelington menguncup 13 sen kepada RM5.17 dan Keck Seng merosot 11 sen kepada RM5.35.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 naik 90.22 mata kepada 12,394.93, Indeks FBM Emas meningkat 86.24 mata kepada 12,567.23, Indeks FBM Mid 70 menambah 65.27 mata kepada 17,379.29, Indeks FBM Emas Shariah menokok 81.72 mata kepada 12,198.32 dan Indeks FBM ACE menambah 16.19 mata kepada 4,625.19.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 189.90 mata kepada 21,019.0, Indeks Perladangan susut 18.97 mata kepada 8,177.59, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.51 mata kepada 172.90 dan Indeks Tenaga menokok 7.35 mata kepada 785.52.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial