KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Theta Edge Bhd, Theta Technologies Sdn Bhd, memperoleh surat lantikan daripada Lembaga Tabung Haji bagi menyediakan perkhidmatan terurus dan pajakan peralatan, dengan nilai kontrak RM22.69 juta.
Kontrak selama lima tahun itu akan bermula pada 1 Mei, 2026 dan berakhir pada 30 April, 2031, menurut penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Theta menjelaskan kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih syarikat serta anak-anak syarikatnya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial