AM

Penjawat Awam P. Pinang Terima Bantuan Khas Aidilfitri Setengah Bulan Gaji

26/02/2026 04:04 PM

GEORGE TOWN, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata BKKA akan dikreditkan selewatnya pada 16 Mac.

“Bantuan ini tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam atas sumbangan dan komitmen diberikan kepada kerajaan negeri dalam merealisasikan gagasan Visi Penang2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chow berkata sebagai tambahan, BKKA 2026 berjumlah RM300 diberikan kepada penyelia, guru serta petugas kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah dan menengah agama rakyat.

Penerima bantuan itu juga melibatkan penyelia, guru serta petugas sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

Beliau berkata pemberian BKKA membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM8.49 juta untuk 7,317 penerima.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan