AM

Insiden Tembakan: Langkah Keselamatan Tambahan Diaktifkan Di Pintu Masuk Negara

25/02/2026 04:01 PM

PUTRAJAYA, 25 Feb (Bernama) -- Langkah keselamatan tambahan di pintu masuk negara diaktifkan serta-merta bagi menjamin keselamatan anggota dan orang awam, susulan insiden tembakan melibatkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan memandang serius kejadian berlaku awal pagi tadi itu, dan memberi jaminan tahap keselamatan di pintu masuk negara terkawal.

"Saya bersyukur beliau selamat. Kejadian ini sedang disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin Nasution berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat dan beliau memberi jaminan kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana ancaman terhadap keselamatan negara. 

"Pada masa ini, saya menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional," katanya.

Terdahulu, kereta Proton X70 dipandu SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir ditembak pada 5.40 pagi tadi di susur masuk Masjid Muhajirin, Bukit Kayu Hitam, kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand. 

Mohd Nasaruddin yang dalam perjalanan menunaikan solat subuh dilaporkan terselamat dalam kejadian itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan