AM

Tiga Lagi Daerah Di Sabah Dilanda Banjir

25/02/2026 09:42 AM

KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Tiga lagi daerah di Sabah iaitu Sipitang, Sook dan Beaufort mula dilanda banjir pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) diaktifkan di daerah terbabit.

Menurut kenyataan itu, dua PPS dibuka di Sipitang iaitu di Dewan Mini Mesapol dan Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah diikuti satu di Sook iaitu di Dewan SLDB Dalit Gana, manakala di Beaufort pula PPK Selagon dibuka untuk menempatkan penduduk terjejas.

"Pemindahan penduduk yang terjejas ke PPS dan PPK masih dilakukan pada pagi ini," menurut kenyataan itu.

Sipitang dan Beaufort adalah daerah di pantai barat Sabah terletak arah Barat Daya dari Kota Kinabalu, manakala Sook merupakan daerah di pedalaman Sabah.

Sementara itu, situasi banjir di Pitas tidak berubah dengan 1,695 orang daripada 861 keluarga masih berlindung di lima PPS setakat pagi ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan