JENAYAH & MAHKAMAH

Mangsa Ribut Di Taiping Berkurangan Pagi Ini

25/02/2026 09:44 AM

IPOH, 25 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa terjejas akibat ribut dan pokok tumbang di Taiping mencatatkan penurunan kepada 30 orang setakat pagi ini berbanding 92 orang, malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan kesemua mangsa daripada 22 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Taman Kaya dalam daerah Larut, Matang, Selama semalam.

“Kesemua mangsa adalah penduduk dari Taman Damai, Taman Ria, Taman Kaya, Taman Desa Cemerlang dan Batu 2 ½,” menurut sekretariat dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kejadian ribut telah menyebabkan beberapa kerosakan termasuk rumah ditimpa pokok, bumbung diterbangkan angin, bumbung premis perniagaan runtuh serta kerosakan khemah bazar Ramadan.

Susulan itu, mangsa yang terlibat tidak dapat memasuki kediaman masing-masing kerana kerja-kerja pembersihan rumah tidak dapat dilaksanakan semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut memaklumkan beberapa daerah di Perak diramal mengalami hujan dan ribut di sebelah petang membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan