AM

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Pengurusan Tertinggi MINDEF Di Wisma Perwira

24/02/2026 05:48 PM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Wisma Perwira di sini.

Perjumpaan berlangsung kira-kira satu jam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.

Difahamkan pertemuan itu antara lain membincangkan aspek kesiapsiagaan keselamatan dan pertahanan negara, pemerkasaan tadbir urus dan kebajikan seluruh warga ATM.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tiba di Wisma Perwira pada kira-kira 12.20 tengah hari, disambut Mohamed Khaled dan pimpinan tertinggi ATM.

Usai pertemuan itu, Anwar menyertai Program Ihya Ramadan Kementerian Pertahanan bersama Perdana Menteri di Masjid Khalid bin Al-Walid di sini, yang dihadiri ratusan jemaah terdiri daripada pegawai dan anggota ATM.

Beliau kemudian menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah yang hadir.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan