AM

Banjir Sabah: Mangsa Meningkat Kepada 3,768 Orang Tengah Hari Ini

21/02/2026 03:15 PM

KOTA KINABALU, 21 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatatkan peningkatan kepada 3,768 orang setakat 12 tengah hari ini berbanding 3,685 orang pada 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Pitas mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 1,653 orang daripada 621 keluarga berbanding 1,515 orang daripada 593 keluarga pada sebelah pagi.

Menurut kenyataan itu, jumlah mangsa di Kota Marudu menunjukkan penurunan kepada 1,923 orang daripada 778 keluarga berbanding 1,978 orang daripada 925 keluarga sebelum ini.

Situasi banjir di Paitan pula tidak berubah dengan 192 orang daripada 75 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kenyataan itu memaklumkan kesemua mangsa daripada 1,474 keluarga ditempatkan di 18 PPS yang beroperasi, menyaksikan penurunan berbanding 1,593 keluarga pada pagi ini.

Secara keseluruhan, bencana banjir di ketiga-tiga daerah telah menjejaskan 47 kampung namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kematian dilaporkan setakat ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan