JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek Tikam Ibu Direman Seminggu

21/02/2026 01:10 PM

SEREMBAN, 21 Feb (Bernama) -- Wanita yang dipercayai menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol di sini semalam, direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata perintah reman terhadap wanita dalam lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah susulan suspek mengalami masalah kesihatan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Muhammad Mustafah mengesahkan seorang wanita dalam lingkungan 80-an cedera dipercayai ditikam dengan alat pembuka tin oleh anak kandungnya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung pergaduhan di sebuah rumah di kampung itu pada 7.08 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan