JENAYAH & MAHKAMAH

Ops Sapu: 41 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di Skudai

17/02/2026 05:49 PM

JOHOR BAHRU, 17 Feb (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 41 pendatang tanpa izin menerusi Ops Sapu yang dijalankan di beberapa premis di sekitar Skudai, di sini malam tadi.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi bermula 11 malam itu memfokuskan pemeriksaan terhadap premis perniagaan yang dijadikan tempat tinggal, kawasan tumpuan warga asing serta lokasi berisiko tinggi.

“Kesemua pendatang tanpa izin itu terdiri daripada tujuh lelaki Indonesia, 19 lelaki Myanmar, 11 wanita Myanmar serta empat wanita Indonesia berusia antara 16 hingga 49 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi disertai 30 pegawai dan anggota penguat kuasa JIM Johor itu dijalankan selepas bertindak hasil risikan dan pemantauan berterusan di kawasan terlibat.

Ketika serbuan, ada dalam kalangan pendatang tanpa izin itu sedang berehat di bahagian atas premis perniagaan manakala sebahagian lagi cuba mengelak daripada pemeriksaan dengan melarikan diri serta bersembunyi di dalam bilik.

Mohd Rusdi berkata antara kesalahan dilakukan mereka ialah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Kesemuanya kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika, di sini untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan