DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

16/02/2026 09:19 PM

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Februari 2026 mengukuh kepada US$5,021.90 setiap auns troy daripada US$4,977.30 setiap auns troy pada Jumaat lepas. Mac 2026 meningkat kepada US$5,038.90 daripada US$4,994.30 setiap auns troy, manakala April dan Mei menokok kepada US$5,056.50 setiap auns troy daripada US$5,011.90 setiap auns troy. 

Kontrak Jun dan Ogos juga bertambah baik, ditutup pada US$5,090.40 setiap auns troy, meningkat daripada US$5,045.80 setiap auns troy. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot daripada enam lot pada Jumaat lepas dan kepentingan terbuka menokok kepada 98 kontrak daripada 91 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$4,994.95 setiap auns troy mengikut penetapan Persatuan Pasaran Jongkong London pada 13 Februari, 2026. 

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 17 Feb, 2026 (Selasa) dan 18 Feb, 2026 (Rabu) bersempena dengan cuti umum Tahun Baharu Cina, dan akan kembali beroperasi pada 19 Feb, 2026 (Khamis). 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan