KUALA TERENGGANU, 15 Feb (Bernama) -- Seorang peniaga lelaki kerugian sebanyak RM100,900 selepas diperdayakan sindiket penipuan pelaburan dalam talian, Disember tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 35 tahun mendakwa menerima mesej daripada seorang pelanggan lelaki Indonesia melalui WhatsApp pada 16 Dis 2025.
Beliau berkata suspek menawarkan mangsa menjadi rakan kongsi pelaburan saham dan menunjukkan pelbagai gambar serta dokumen sebagai bukti keuntungan.
“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu membuat 15 transaksi berjumlah RM100,900 ke 15 akaun dari 17 Dis 2025 hingga 24 Jan.
“Selain wang simpanan, mangsa menjual lima motosikal dan membuat pinjaman dengan rakan serta saudara terdekat untuk dijadikan modal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa membuat laporan pada 6.07 petang semalam setelah gagal mendapatkan keuntungan dan tidak dapat menghubungi suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial