AM

CEO Baharu Diharap Teruskan Agenda Pengukuhan Felcra - Ahmad Zahid

14/02/2026 10:54 AM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pelantikan Mohamed Ismi Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad  (Felcra) yang baharu diharap dapat meneruskan agenda pengukuhan keupayaan organisasi itu. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook berkata Mohamed Ismi mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengurusan organisasi serta perakaunan dan kewangan untuk dimanfaatkan oleh Felcra. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha itu penting, khususnya dalam memastikan kesejahteraan peserta Felcra terus diberi perhatian, selain memperkasa pembangunan luar bandar secara mampan.

“Dengan komitmen seluruh warga Felcra serta kerjasama semua pihak, saya yakin organisasi ini akan terus bergerak lebih progresif dan kekal menjadi institusi yang membawa manfaat besar kepada warga peserta serta pembangunan luar bandar negara,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamed Ismi.

Mohamed Ismi menggantikan Datuk Idris Lasim yang telah bersara pada awal Disember lepas setelah lebih tiga dekad perkhidmatan cemerlangnya bersama Felcra .

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan