JENAYAH & MAHKAMAH

Juruteknik Universiti Didakwa Pecah Amanah Lebih RM165,000

12/02/2026 02:27 PM

JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) -- Seorang juruteknik sebuah universiti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM165,094.50, lima tahun lepas.

Mohd Rizal Sangaiman, 45, didakwa menyalahgunakan wang milik universiti itu untuk kegunaan sendiri sebanyak RM67,429 antara  28 Jan hingga 27 Nov 2021, dan RM97,665.50 antara 1 Jan hingga 11 Jun 2022.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Batu Pahat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ameera D’Aneez Mohd Shukari, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan