JENAYAH & MAHKAMAH

30 Rumah Di Kampung Teluk Jawa Musnah Dalam Kebakaran

12/02/2026 12:24 PM

JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) -- Sebanyak 30 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Jalan Dedaru 11, Kampung Teluk Jawa di sini, pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 7.04 pagi, sebelum tiga jentera Fire Rescue Tender dan sebuah Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 28 anggota digegaskan ke lokasi. 

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan struktur sementara berdinding kayu, beratap zink dan berlantaikan papan dengan keluasan dianggarkan 200x200 kaki persegi.

"Kebakaran melibatkan 30 rumah yang musnah kira-kira 90 peratus, dan turut mengakibatkan kerosakan pada dua bot berenjin, sebuah kereta dan enam motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan semua penghuni berjaya keluar sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba. 

Sehingga kini, operasi masih diteruskan dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan