KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MISC Bhd memperoleh kontrak daripada ExxonMobil PNG Ltd bagi menyediakan sewaan bot tanpa kru jangka panjang selain perkhidmatan operasi serta penyelenggaraan untuk unit penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO).
ExxonMobil PNG merupakan pengendali projek gas asli cecair di Papua New Guinea.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MISC berkata sewaan bot tanpa kru berkenaan mempunyai tempoh tetap iaitu selama 15 tahun dengan pilihan untuk penyewa melanjutkan kontrak sehingga 15 tahun lagi.
Sementara itu, katanya, FSO dijangka memulakan operasi pada separuh pertama 2028.
MISC berkata kontrak itu menandakan penyertaan strategiknya ke Papua New Guinea.
Menurut syarikat berkenaan, FSO akan menjadi kemudahan terapung luar pesisir pertama negara itu dan akan digunakan sebagai sebahagian daripada Sistem Saluran Paip Kutubu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial