SUKAN

Sivasangari Terkandas Di Suku Akhir Terbuka Windy City 2026

09/02/2026 10:55 AM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bintang skuasy negara S Sivasangari terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain kelima dunia Nour El Sherbini dari Mesir pada Terbuka Windy City 2026 di Chicago, Amerika Syarikat, pada Ahad.

Pemain berusia 27 tahun yang menghuni ranking keenam dunia telah mempamerkan aksi cemerlang sebelum tunduk 6-11, 11-6, 7-11, 11-7, 8-11 dalam pertarungan sengit berlangsung hingga 51 minit.

Kekalahan ini menamatkan perjuangan wakil Malaysia pada kejohanan bertaraf Platinum itu.

Pada Sabtu, perseorangan lelaki utama negara Ng Eain Yow dan pemain sedang meningkat Aira Azman menamatkan kempen masing-masing pada pusingan kedua.

Eain Yow tewas kepada wakil New Zealand Paull Coll manakala Aira pula tunduk kepada pemain tuan rumah Olivia Weaver.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan