Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan terhadap pengeluaran yang lebih rendah di negara pengeluar getah asli utama, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terus diperkukuh oleh data ekonomi yang menggalakkan dari China.
"Bagaimanapun, potensi kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), situasi tidak menentu geopolitik yang berterusan dan kedudukan pasaran yang berhati-hati susulan ketidaktentuan mengenai kepimpinan baharu Rizab Persekutuan (Fed) AS," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, para peniaga berkata pengeluaran getah yang lebih rendah dalam kalangan pengeluar utama juga menyokong harga getah.
Beliau berkata tanaman getah biasanya mengalami musim pengeluaran rendah dari Februari hingga Mei sebelum memasuki tempoh puncak penuaian yang berlangsung sehingga September.
Pada 3 petang, Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 1.5 sen kepada 756 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok setengah sen kepada 576.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial