EKONOMI

Mercedes-Benz Malaysia Lantik Martin Schulz Sebagai CEO, Presiden

03/02/2026 06:05 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan presiden serta ketua bagi wilayah Asia Tenggara yang baru disepadukan meliputi Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat berkata Schulz akan menggantikan Amanda Zhang yang akan kekal dalam lembaga pengarah serta berkhidmat sebagai penasihat kanan kepada Mercedes-Benz.

"Dengan kerjaya di Mercedes-Benz sejak 1999, Schulz membawa pengalaman antarabangsa yang luas selepas memegang jawatan CEO di Emiriah Arab Bersatu dan Romania, ditambah dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam pengurusan kanan di seluruh Asia termasuk Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.

"Sebelum pelantikan ini, Schulz berpusat di Stuttgart, Jerman iaitu ibu pejabat Mercedes-Benz dan berkhidmat dalam pelbagai fungsi jualan dan pemasaran," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Schulz berkata beliau komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan sekerja dan rakan kerjasama runcit yang dihargai bagi menyediakan pengalaman pelanggan, produk dan perkhidmatan yang luar biasa serta mengukuhkan kepimpinan syarikat dalam mobiliti mewah di seluruh wilayah yang dinamik ini.

"Saya teruja untuk kembali ke Asia dan menyertai pasukan di Malaysia serta di seluruh wilayah Asia Tenggara. Ini merupakan tempoh yang penuh dengan peluang besar untuk Mercedes-Benz," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan