AM

40 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

02/02/2026 04:37 PM

TAWAU, 2 Feb (Bernama) -- Kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, di sini pagi tadi.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Moilley Milin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 10.15 pagi dan tiga jentera tiba di lokasi kejadian pada 10.23 pagi.

"Pihak Bomba menggunakan sumber air terbuka serta melalui tanker air bomba bagi proses pemadaman, dan operasi terkawal pada 12.03 tengah hari," katanya kepada pemberita, hari ini.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, seorang mangsa kebakaran Saparida Ambuolo yang berusia lingkungan 60-an berkata ketika itu dia sedang menunai solat sunat dhuha pada 10 pagi sebelum mendengar jeritan jiran mengenai kebakaran.

"Kejadian kebakaran itu pengalaman kedua saya. Tidak tahu lagi mahu tinggal di mana selepas ini, saya harap kerajaan boleh menyediakan rumah kepada mangsa kebakaran seperti Program Perumahan Rakyat," katanya.

Saparida Ambuolo juga reda dengan ujian itu ketika menjelang Ramadan, dan tiada lagi persiapan duntuk menyambut bulan mulia itu.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan