JENAYAH & MAHKAMAH

Pengusaha Kedai Makan Rugi RM364,500 Diperdaya Individu Menyamar Polis

28/01/2026 09:32 AM

TANGKAK, 28 Jan (Bernama) -- Seorang peniaga kedai makan di sini kerugian RM364,500 selepas diperdaya individu menyamar pegawai polis hingga mangsa menyerahkan maklumat perbankan syarikatnya.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata berdasarkan laporan dibuat semalam, wanita berusia 58 tahun itu dihubungi suspek pada 23 Jan lepas yang mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Akibat rasa takut dan tertekan dengan dakwaan tersebut, mangsa telah menyerahkan maklumat perbankan syarikat termasuk kata laluan sekali guna (OTP) yang diterima daripada pihak bank kepada suspek,” katanya dalam kenyataan. 

Roslan berkata ini mengakibatkan maklumat perbankan dalam talian mangsa telah diambil alih oleh pihak ketiga dan berlaku pemindahan wang tanpa disedari mangsa.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan