KUCHING, 27 Jan (Bernama) -- Sebanyak 37 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Serunyuk masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, setakat pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk di Bahagian Samarahan yang dibuka semalam.
“Jumlah mangsa banjir terkini menunjukkan peningkatan sedikit, berbanding 25 mangsa daripada lapan keluarga semalam,” menurut kenyataan itu.
Banjir kali ini ialah gelombang kedua yang melanda Sarawak, selepas situasi sebelum ini pulih sepenuhnya pada 17 Jan lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial