POLITIK

Nanta Cadang Lidam Kekal Sebagai Calon Pada PRN13

24/01/2026 06:30 PM

KAPIT, 24 Jan (Bernama) -- Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mencadangkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13) yang akan datang.

Nanta yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit berkata beliau tidak bermaksud untuk membelakangkan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mencadangkan Lidam sebagai calon.

"Semenjak menjadi wakil rakyat di sini, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan. Kita tidak lihat ada orang lain lagi, jadi saya mewakili masyarakat mencadangkan Lidam untuk dicalonkan semula untuk PRN itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Projek Siap Sistem Solar Hibrid di Sekolah Kebangsaan Nanga Bangkit, Katibas, Song hari ini.

Lidam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Industri dan Keusahawanan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) yang dipengerusikan oleh Nanta.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas pada PRN12 yang berlangsung 19 Dis 2021 dengan majoriti 2,997 undi, menewaskan lima calon lain.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan