POLITIK

PRK Kinabatangan, Lamag: Persiapan Akhir Lancar, Peralatan Undi Digerakkan Ke 36 Pusat Mengundi

22/01/2026 04:32 PM

KINABATANGAN, 22 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini melaksanakan proses pengumpulan serta pengagihan peralatan mengundi untuk dibawa ke 36 pusat pengundian yang mengandungi 117 saluran.

Ahli SPR Datuk Sapdin Ibrahim berkata persiapan untuk hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag itu yang akan diadakan pada Sabtu ini, berjalan lancar.

“Kita bahagikan kepada tiga zon iaitu untuk Parlimen dan DUN Lamag di Dewan Sri Lamag, bagi DUN Sukau bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatangan manakala DUN Kuamut di Pejabat Daerah Tongod," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Sri Lamag di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus.

Sebanyak 48,526 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK Parlimen Kinabatangan dan 13,703  pengundi bagi DUN Lamag, Sabtu ini.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan